Bahasa:
Jumaat, 18/05/2012

 

 

 

 

Capaian Aplikasi

Undian Pendapat

Adakah anda berpuashati dengan maklumat yang terdapat dalam laman web JKM
 

Ikuti Kami

 

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini412
mod_vvisit_counterSemalam666
mod_vvisit_counterMinggu ini3548
mod_vvisit_counterMinggu Lepas3007
mod_vvisit_counterBulan ini9436
mod_vvisit_counterBulan lepas18703
mod_vvisit_counterSemua567601

Online (20 minutes ago): 18
Your IP: 38.107.179.241
,
Sekarang : 2012-05-18 19:27
 
14-05-2012
Laporan Projek Komuniti Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Terengganu

Projek komuniti  yang bertemakan “Kimia Ke Sekolah”  telah dijalankan dengan jayanya dan    mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga pendidik serta para pelajar di tiga buah sekolah kawasan luar bandar di daerah Besut, Kemaman dan Dungun.

Pengisian program projek komuniti kali ini yang  berkonsepkan “Kimia di mana-mana dan kami sebahagian daripada anda” telah dimulakan dengan ceramah kesedaran mengenai  keselamatan makanan, ubat-ubatan, kesedaran alam sekitar dan kesan penyalahgunaan dadah.  Warga pendidik dan para pelajar kemudiannya disajikan dengan pameran dan pertunjukan interaktif yang berasaskan kimia dalam kehidupan.

Program kumuniti ini telah  dimulakan di Sek. Men. Bukit Payong, Besut pada 17 April 2012 dengan penglibatan lebih daripada 1000 pelajar serta warga pendidik. Program komuniti seterusnya telah diadakan di Sek. Men. Felda Neram, Kemaman pada 24 April 2012 dengan penyertaan hampir 400 pelajar dan warga pendidik.  Sementara  di Sek. Men.  Jerangau, Dungun  lebih daripada 450 orang pelajar serta para guru telah mengikuti program komuniti  yang telah diadakan pada 25 April 2012.

Secara keseluruhanya projek komuniti kali ini telah berjaya menarik  minat pelajar mengenai kerja analisis yang dijalankan oleh Jabatan Kimia disamping dapat memberikan  kesedaran mengenai keselamatan makanan, penggunaan ubat-ubatan serta kesan penyalahgunaan dadah. Di atas permintaan pihak sekolah juga  projek komuniti kali ini juga telah memberi khidmat pemeriksaan kebuk wasap di makmal sekolah.

Akhir sekali Jabatan Kimia Cawangan Terengganu merakamkan setinggi-tingi penghargaan kepada pihak guru besar dan guru-guru di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan bagi menjayakan projek komuniti  kali ini.

07-05-2012
Pameran Alam Sekitar dan Air di Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Precint 1, Putrajaya

Pada 26 April 2012, Bahagian Kesihatan Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat telah mengadakan  Pameran Alam Sekitar dan Air di Sekolah berprestasi tinggi, Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Precint 1, Putrajaya. Pameran ini diadakan bersempena Karnival Minggu Sains dan Matematik 2012 sekolah tersebut yang bertemakan ‘Future Innovations Begins’, bertempat di Dewan Putra Perdana, sekolah SAS. Pameran ini bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir pada jam 1 petang.

Kira-kira 1000 orang pengunjung yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 5 sekolah tersebut, pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah berhampiran Putrajaya dan Cyberjaya, guru-guru serta kakitangan sokongan telah hadir ke pameran ini. Antara bahan-bahan yang dipamerkan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah:

·         pameran poster-poster Seksyen Alam Sekitar dan Air

·         demonstrasi handheld XRF,

·         ujian pH bagi pelbagai jenis cecair kegunaan harian,

·         ujian ammonia menggunakan photometer,

·         teka silangkata, dan

·         pameran makmal bergerak (demonstrasi GC-MS dan photometer)

Majlis Penutup Karnival ini disempurnakan oleh Mejar Dr. Faiz Khaleed, Angkasawan Negara yang diringi oleh Pengetua Cemerlang sekolah tersebut iaitu En.Ahmad Rosidi bin Ramley yang turut mengunjungi pameran Jabatan Kimia Malaysia.

Antara agensi lain yang turut serta dalam pameran tersebut adalah Fakulti Sains dan Teknologi, UKM dan Jabatan Meteorologi Malaysia. Turut diadakan pada hari tersebut adalah pertandingan Kajian Saintifik dan Inovasi peringkat sekolah SAS.

Nyatanya, pameran oleh Kimia Malaysia telah berjaya membuka mata dan minda para pengunjung terhadap kebolehan dan kepakaran pihak jabatan dalam bidang penganalisaan saintifik. Para pengunjung begitu aktif melibatkan diri dalam kuiz dan aktiviti interaktif yang disediakan. 

Gambar seterusnya

04-05-2012
Penglibatan Kimia Melaka dalam “Bulan Sains dan Matematik” SMK Tinggi Melaka

Pada 02 hb Mei 2012, Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Melaka telah dijemput untuk mengadakan Pameran di Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka, bersempena pelancaran “Bulan Sains dan Matematik” mulai 2 hingga 13 Mei 2012.   

Seramai 100 orang pelawat terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 hingga 6, guru-guru dan kakitangan sokongan sekolah telah berkunjung ke pameran ini secara bergilir-gilir bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 2.00 petang.  Para pengunjung telah menunjukkan minat  terhadap pameran dan penerangan yang telah diberikan oleh para petugas pameran Kimia Melaka.  

Agensi-agensi lain yang turut mengambil bahagian dalam pameran ini adalah UTeM, Kolej Komuniti Bukit Beruang, Politeknik Merlimau, Bendang Studio (Pemenang Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Melaka 2011) dan Persatuan Gerak Inovasi Malaysia. 

Pada 03 hb Mei 2012, seramai 20 orang pelajar Tingkatan 4 aliran sains dan seorang guru daripada sekolah tersebut telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Melaka. Taklimat kerjaya dan fungsi-fungsi jabatan telah diberikan oleh En. Soupy Bin Daud, Ketua Bahagian Forensik. Para pelawat telah dibawa melawat makmal untuk melihat sendiri kerja-kerja rutin dan peralatan yang digunakan dalam analisis makmal. Lawatan yang bermula pada pukul 10.00 pagi telah tamat pada pukul 12.00 tengahari. 

Aktiviti pameran dan lawatan sambil belajar adalah bagi menyahut seruan kerajaan supaya agensi-agensi kerajaan sama-sama memikul tanggungjawab sosial terhadap masyarakat mengikut kepakaran masing-masing. Pelaksanaan program seperti ini diharap akan dapat menggalakkan serta menarik minat para pelajar terhadap mata pelajaran sains. 

Berikut adalah gambar-gambar sempena program tersebut: 

 

 

 
 
Borang Analisis DNA Paterniti
Borang Analisis DNA Paterniti ...
Latihan Industri
Penempatan latihan industri di ibu pejabat dan kesemua cawangan Jabatan Kimia Malaysia bagi ...
 

Forensik

Bahagian Forensik Kimia Malaysia
merupakan organisasi terkemuka
di Malaysia dalam komuniti Sains
Forensik yang menyediakan
perkhidmatan forensik yang bebas dan
berkecuali kepada sektor - sektor
awam dan swasta.  

Di
Bahagian Forensik terdapat
beberapa Seksyen iaitu :

  • Narkotik
  • Toksikologi
     
  • DNA
    Forensik
  • Kriminalistik
  • <
    li>Dokumen 

Seterusnya...
 

Bahagian Kesihatan Alam
Sekitar (KAS)

Bahagian Kesihatan Alam Sekitar
menyediakan perkhidmatan Sains dan
menjaga kesihatan awam dari segi
keselamatan makanan dan air minuman
serta untuk perlindungan dan
pemeliharaan alam
sekitar.

Bahagian Kesihatan
Alam Sekitar terdapat beberapa
Seksyen iaitu:

  • Seksyen
    Makanan
  • Seksyen
    Air
  • Seksyen
    Biotek
  • Seksyen Alam Sekitar

Seterusnya...
 

Penyelidikan & Jaminan
Kualiti

Bahagian Penyelidikan dan Jaminan
Kualiti dipertanggungjawabkan
untuk: 

Seterusnya...
 

Bahagian Industri Dan
Klasifikasi Tarif Dagangan

Bahagian Industri Dan Klasifikasi
Tarif Dagangan (IKTD) berfungsi
untuk memberikan perkhidmatan
analisis dan nasihat kepada pelbagai
agensi kerajaan untuk menyokong
penguatkuasaan undang - undang,
melindungi pendapatan kerajaan,
melindungi pengguna dan memastikan
keselamatan pekerja.

Seterusnya...
 

Bahagian Pembangunan &
Maklumat Teknologi (PMT)

Bahagian ini mempertingkatkan
lagi operasi dan fungsi pelbagai
bahagian di Kimia Malaysia melalui 
pelaksanaan projek pembangunan,
mengurus semua sistem maklumat
jabatan dan menyelaras serta
menjalankan latihan untuk kakitangan
Kimia Malaysia. Aktiviti ini
dilaksanakan oleh tiga unit
dibawahnya iaitu : 

  • Unit
    Pembangunan
  • Unit Teknologi
    Maklumat 

Seterusnya...
 

Bahagian Khidmat Pengurusan
& Sumber Manusia

Bahagian Khidmat Pengurusan dan
Sumber Manusia (KPSM), Jabatan Kimia
Malaysia terdiri daripada enam (6)
Unit iaitu Unit Pentadbiran, Unit
Pengurusan Sumber Manusia, Unit
Kewangan, Unit Perpustakaan, Unit
Latihan dan Kompetensi dan Unit
Komunikasi Korporat. Secara amnya
Bahagian ini bertanggungjawab dalam
memberikan perkhidmatan berikut bagi
menyokong aktiviti-aktiviti teras
Jabatan Kimia Malaysia. 

Seterusnya...
 

 


SGI
MasticMTDCAELBMACRESSIRIMTPMSTANDARDS MALAYSIANUCLEARMETEOROLOGIPSNAKADEMI SAINSMOSTIAngkasa

     
  LAGU KIMIA MALAYSIA     VLIB
  LAGU MALAYSIA INOVATIF    CLIENT ENQUIRY
  VIDEO PENGENALAN JABATAN    QUALITY MANAGEMENT SYSTEM (QMS)
      INTRANET KIMIA



 

 


SGI