Pada 26 April 2012, Bahagian Kesihatan Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat telah mengadakan Pameran Alam Sekitar dan Air di Sekolah berprestasi tinggi, Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Precint 1, Putrajaya. Pameran ini diadakan bersempena Karnival Minggu Sains dan Matematik 2012 sekolah tersebut yang bertemakan ‘Future Innovations Begins’, bertempat di Dewan Putra Perdana, sekolah SAS. Pameran ini bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir pada jam 1 petang. Kira-kira 1000 orang pengunjung yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 5 sekolah tersebut, pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah berhampiran Putrajaya dan Cyberjaya, guru-guru serta kakitangan sokongan telah hadir ke pameran ini. Antara bahan-bahan yang dipamerkan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah: · pameran poster-poster Seksyen Alam Sekitar dan Air · demonstrasi handheld XRF, · ujian pH bagi pelbagai jenis cecair kegunaan harian, · ujian ammonia menggunakan photometer, · teka silangkata, dan · pameran makmal bergerak (demonstrasi GC-MS dan photometer) Majlis Penutup Karnival ini disempurnakan oleh Mejar Dr. Faiz Khaleed, Angkasawan Negara yang diringi oleh Pengetua Cemerlang sekolah tersebut iaitu En.Ahmad Rosidi bin Ramley yang turut mengunjungi pameran Jabatan Kimia Malaysia. Antara agensi lain yang turut serta dalam pameran tersebut adalah Fakulti Sains dan Teknologi, UKM dan Jabatan Meteorologi Malaysia. Turut diadakan pada hari tersebut adalah pertandingan Kajian Saintifik dan Inovasi peringkat sekolah SAS. Nyatanya, pameran oleh Kimia Malaysia telah berjaya membuka mata dan minda para pengunjung terhadap kebolehan dan kepakaran pihak jabatan dalam bidang penganalisaan saintifik. Para pengunjung begitu aktif melibatkan diri dalam kuiz dan aktiviti interaktif yang disediakan. |