VISI
Sebuah Organisasi dinamik bertaraf dunia yang menerajui dalam penyelesaian saintifik.
MISI
Kimia Malaysia adalah komited kepada kecemerlangan dengan memberikan perkhidmatan saintifik bagi menjamin kekayaan Negara dan kesejahteraan sosial melalui penggunaan sains inovatif dalam bidang-bidang yang strategik dan sedang muncul. PRINSIP
Aktiviti dan operasi Kimia Malaysia ke arah pencapaian matlamat yang disasarkan akan berpandukan kepada prinsip-prinsip berikut :
Mempertahankan integriti profesional: - Integriti merupakan pegangan asas dan elemen penentuan dalam profesionalisme. Kod Etika Jabatan hendaklah diamalkan tanpa kompromi. Tekanan dari unsur luar dan dalam perlu ditentang bagi mempertahankan integriti profesional.
Keghairahan untuk kecemerlangan saintifik: - Kami berusaha dengan gigih untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi meletakkan Kimia Malaysia sebagai peneraju dalam perkhidmatan saintifik. Kami juga bangga kerana mampu memberi penyelesaian saintifik dengan keupayaan tenaga kerja yang mahir menggunakan teknologi canggih.
Menggalakkan kreaktiviti dan inovasi: - Menggalakkan percambahan idea baru dan mencipta inovasi ke atas amalan sedia ada bagi menghasilkan kecemerlangan dalam perkhidmatan saintifik yang memenuhi kehendak pelanggan dan “stakeholder”.
Komitmen kepada kualiti: - Kami adalah komited untuk hanya menyampaikan perkhidmatan yang telah mencapai standard yang ditetapkan dan akan terus berusaha bagi meningkatkan kualiti kerja.
Prihatin terhadap kepuasan pelanggan: - Kami menghargai pelanggan. Kami mensasarkan untuk memenuhi segala ekspektasi pelanggan dalam aspek kualiti, ketepatan masa dan nilai. DASAR KUALITI
Untuk menyediakan perkhidmatan saintifik yang tepat, cekap dan berkesan pada tahap profesionalisme, kerahsiaan dan integriti yang paling tinggi dan melaksanakan penambahbaikan sistem kualiti yang berterusan.
NILAI - NILAI UTAMA
- Profesionalisme
- Integriti
- Kualiti
- Inovatif
- Dedikasi
- Akauntabiliti
- Produktiviti
- Komunikasi berkesan
MATLAMAT Mengukuhkan keupayaan dengan mempertingkatkan kemudahan analisis;
Membangunkan tenaga kerja yang berpengetahuan, mahir dan bermotivasi;
Mengekalkan peranan yang relevan dengan memberi nilai kepada pelanggan;
Membangunkan dan memelihara kecemerlangan saintifik melalui penyelidikan dan pembangunan;
Menambah rangkaian pelanggan dan skop perkhidmatan ; dan
Mendapatkan pengiktirafan antarabangsa dalam bidang analisis utama.
STRATEGI
KIMIA MALAYSIA menyokong misinya bagi mencapai matlamat yang diidamkan melalui pelaksanaan polisi dan tindakan yang sesuai dalam bidang - bidang strategik utama, seperti berikut :
- Pengurusan Sumber Manusia
- Pembangunan Organisasi
- Pemasaran
- Pembangunan Urusan; dan
- Penyelidikan dan Pembangunan